Thursday, February 7, 2013

La' Tahzan

ku pujuk hati
la' tahzan
Allah bersama kamu

namun hati kembali bersedih
adakah kerana aku xredha?

TIDAK!
aku kena redha
redhalah
kerana semua yang terjadi ada hikmahnya
redhalah walau ia bersama titisan airmata

hidup ini hanya seketika
bersabarlah.
Bencian Hidup Sukar

Ya Allah...Ya Allah...Ya Allah...
kata hati xpernah berhenti..

Berikan ku petunjukMu Ya Allah..
rayuan hati kepada yang Mengetahui..

titisan airmata xpernah kelihatan,
hanya sesekali pada tikar sejadah
namun hati meronta setiap rayuan
setiap kata2 dan setiap bebanan terasa

kau lihat aku senang
semua lihat aku senang
namun hati tak senang
hati ini masih mencari kata dari Allah

Ya Allah, merayu merayu dan merayu
istikharah langsung tidak sekali
apa petunjuk yang ku cari?
tanyaku pd hati

aku sakit mencari keputusan
wahai kehidupan
ku pilih ini ku rasa sakit
ku pilih itu ku rasa sakit
apakah ini kehidupan

aku melangkah walau terpacak duri
menghembus rasa gelisah dan pasrah
bagaikan hembusan terakhir
Allah......sesaknya
dugaanMu ini Ya Allah
hanya bersama titisan airmata
hanya namaMu sentiasa ku sebut
kerana kesusahan ini perlu kesabaran
kerana kesusahan ini mengajarku kasih sygMu
Ya Allah,beriku pautanMu
beriku kekuatan dan ketabahan
smoga pabila ku jatuh dan ku rebah
sentiasa masih kuat untuk bangun
Ya Allah...

Followers